Nuffnang Ads

Tuesday 13 December 2011

Kl Gangster 2

Assalamualaikum tak jawab dosa jawab sayangg. Today aku nak cakap pasal Kl Gangster 2 maybe tahun depan akan keluar kot. Sumpah cakap weyy tak sabar nak tgk. sebab Kl Gangster yang 1st tuh memang terbaekkk. Dengan kutipan sampai RM 12 juta . Box officeee !!!

Kl Gangster 2 dibarisi  pelokon yang sama cuma kali nie pengarah muda kita nie masukkan pelakon lagend kita Rosyam Nor. Anddddddddd * drum roll pleaseeee. This time Syamsul Yusof akan bawa masuk pelakon dari Thailand Tony Jaa. Sape tak kenal Tony Jaa? Alaaa yg berlakon filem Ong Bak tu. Tak kenal lagi. Click Sini  and tengok aksi die memang awesomee. Memang aku jangka akan jd filem terbaek lah tahun depan. So sebelum aku membebel bagai moh kite bace sinopsis Kl Gangster 2.



SINOPSIS.

Cerita ini mengisahkan tentang bagaimana 2 orang adik-beradik iaitu Malek(Aaron Aziz) dan Jai(Adi Putra) secara tidak langsung terjebak dalam dunia gangster setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu. Semenjak kematian ayah mereka, kehidupan mereka sekeluarga dalam serba kesusahan di samping ibu(Ku Faridah)mereka sering ketakutan gara-gara ugutan dari kumpulan gangster yang menagih hutang ayah mereka.
Disebabkan kesempitan wang dan keperitan hidup maka Jai menjadi semakin liar hingga sanggup melakukan apa saja demi wang bagi mengubah nasib hidupnya dan mendapat tentangan hebat dari keluarganya. Malek semakin buntu memikirkan masalah yang dihadapi dan ditambah pula dengan laporan dari doktor yang mengesahkan ibunya mengidap penyakit barah. Lagi memilukan apabila adik beliau, Shera telah diperkosa.
Sementara itu,Tailong(Rosyam Nor) merupakan antara gangster terbesar di KL yang giat menjalankan kegiatan-kegiatan haram. Segala tindak tandukTailong tidak disenangi oleh gangster-gangster lain namun terpaksa akur dengan kekuatanTailong.
Pada masa yang sama, King(Riduan Hashim) dan Shark(Syamsul Yusof)
merancang untuk memperkukuhkan kedudukan bagi menjatuhkanTailong dan meminta pertolongan dari rakan baiknya iaitu Malek dengan menawarkan ganjaran yang besar. Malek menerima tawaran tersebut bagi menampung kos ibunya dan membayar hutang ayahnya. Namun kegiatannya tidak disenangi oleh ibunya dan mereka telah dihalau dari rumah.
King menjadi lebih berkuasa atas bantuan Malek dan kehadirannya membuatkan Tailong berasa tergugat. Beliau merancang untuk menghapuskan King dan Malek. Terjadi pertempuran hebat antara 2 kumpulan gangster terbesar di KL apabila Tailong menyerang King dan Malek. Mereka hampir tumpas ditangan Tailong namun terselamat apabila polis tiba dan berjaya melepaskan diri. Pada masa yang sama, Malek ternampak “tattoo” yang sama di badan Tailong dan pembunuh ayahnya.
Bermulanya konflik dan dendam antara Malek danTailong. Berjayakah Malek membalas dendam terhadap Tailong untuk ayahnya?Berjayakah King dan Shark mendominasi seluruh kawasan di KL?Apakah kesudahan nasib Malek, Jai dan Ibunya?












Malas na cakap banyak sama sama je kita nantikan Kl Gangster 2 nie. Kite tgk gangster tak gangster. Yang penting Syamsul Yusuf hensemmm. Kbai. peace yawwwwwwwwwww. <3

No comments:

Post a Comment