Nuffnang Ads

Thursday 23 February 2012

syurga tempat mu.


Korang semua kenal tak dengan adik nie? Nama die adik faris. Umur 6 tahun. gambar nie dirakam masa dia tengah sihat walafiat. Tapi siapa tahu dalam umur 6 tahun sahaja adik faris menghidap penyakit barah darah.

Selama 23 hari adik Faris Adik faris bertarung nyawa akibat penyakit HLH ataupun barah darah, akhirnya pada pukul 10.05 pagi semalam (khamis ) adik faris telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir di  Sime Darby Medical Centre, Subang Jaya.

Kos bil perubatan hampir mencecah RM 100,000.00 tapi atas kerjasama dari orang ramai dan insuran ibu bapa adik Faris , bil ini telah berjaya di lunaskan. 






Kini Arwah adik faris telah pon selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Meru, Klang, Selangor, kira-kira jam 6.30 petang semalam.








Mari sama sama kita sedekah kan surah Al- Fatihah buat Arwah adik Faris.  Al Fatihah.  

Di syurga Allah tempat mu, Faris.


p/s : jika ingin tahu lebih lanjut tentang Arwah adik faris korang semua boleh baca kat blog mazidul .

No comments:

Post a Comment